resepi


 Hati ayam masak pedas


Bahan-bahan:

1 mangkuk hati ayam
8 tangkai cili api – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
4 biji bawang besar – hiris halus
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
Masukkan hati ayam dan gaul hingga masak.
Angkat dan hidangkan.

NASI

 

Nasi Al-Ambra


Bahan-Bahan   

Untuk 6 hidangan

Bahan A:
1 kg beras basmati
(dicuci & direndam selama 30 minit)
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan (dicuci & dipintal)
3 sdm minyak kacang
1/2 cawan susu rendah lemak
5 ulas bawang putih (dikisar)
4 sm halia (dikisar)
1.5 liter air
1 sdt garam

Bahan B:
500 g lobak merah
(dicuci bersih & dipotong dadu)
400 g kacang buncis (dihiris halus)
500 g daging lembu tanpa lemak (dikisar)
3 biji putih telur
1/2 sdt garam
1 sdt serbuk lada hitam
  

Cara Cara

Bahan A:
·         Tumis bawang putih, halia kisar bersama kayu manis, bunga cengkih dan pelaga
·         sehingga wangi.
·         Masukkan daun pandan dan susu rendah lemak.
·         Apabila sudah mendidih masukkan beras dan masak sehingga tanak.

Bahan B:
·         Masak daging di atas kuali hingga separuh kering.
·         Masukkan lobak merah, kemudian masukkan kacang buncis, garam, lada hitam dan putih telur.
·         Kacau sehingga rata.
·         Campuran daging ini di masukkan ke dalam nasi yang sudah tanak dan dikacau rata.


Bahan-bahan untuk salad:
7 batang lada merah (dikisar halus)
1/4 sdt garam
1/2 sdm gula timbang (brown sugar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sdm daun ketumbar (dihiris)
1 biji jus limau kasturi

Cara-cara:
·         Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.

 

NASI AYAM BERMADU


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Tumbuk

5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara

·         Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
·         Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
·         Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
·         Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).


NASI AYAM 'CLAYPOT'

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara

·         Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
·         Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
·         Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

 

 

Nasi Ayam Hakka


Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih 

Cara memasak: 
·         Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
·         Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
·         Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
·         Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
·         Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
·         Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
·         Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam. 

 

 

NASI AYAM LEBANON


Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong lapan
1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit garam
20 biji badam
4 labu bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin besar buah tomato
1 camca besar tomato puri
1/4 cawan kismis hitam
6 buah pelaga ( B )
2 kuntum bunga lawang ( B )
1 batang kulit kayu manis ( B )
3 cawan beras basmati
3 cawan air rebusan ayam
Segenggam daun ketumbar dicincang halus
8 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara

·         Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar. Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
·         Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
·         Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya.
·         Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
·         Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
·         Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
·         Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas.

 

 

NASI BERIYANI DAGING/KAMBING


Bahan - bahan NASI BERIYANI

4 tin (tin susu cair) beras Basmathi
4 tin air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam
1 tangkai daun bawang, daun sadri dan daun pudina
sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
Buah pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriyani

Cara-cara

·         Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam biarkan mendidih.
·         Masuk beras yang telah di tos agak-agak nak kering, masukkan kekuma yang telah direndan kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah beriyani. tutup dan biar kan api perlahan

Bahan-bahan DAGING BERIYANI

2 kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4 camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4 biji bawang besar goreng hingga garing
10 ulas bawang putih }
10 ulas bawang merah }dikisar
50 gm halia }
5 kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6 bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6 buah pelaga ] minyak dan
2 batang kulit kayu manis] dikisar halus
1 biji buah pala kering ]
4 tangkai daun pudina }
4 tangkai daun sadri }dimayang halus
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang telah dikisar halus

Cara-cara

·         Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama serta perap dalam 1 jam.
·         Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan jagus. Biar di atas api sehingga daging empuk.
·         Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan ambil minyak tersebut untuk dijadikan tumisan Nasi Beriyani.

 

 

Nasi Beryani Sayur


Bahan-Bahan   

½ cawan beras beriani
400g sayur campuran
2 sudu kecil serbuk perasa ayam
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk masala
garam secukup rasa
3 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
air secukupnya
daun sup dihiris secukupnya
1 batang cili merah dihiris
2 helai daun pandan

Cara Cara

·         Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam bekas khas untuk ketuhar gelombang mikro. Kemudian masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.
·         Masukkan minyak sapi dan minyak.
·         Kemudian masukkan serbuk masala, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang. Gaulkan sehingga rata.
·         Masukkan pula garam, perasa ayam dan sayur campuran. Gaulkan lagi sehingga rata.
·         Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 – 4 minit pada panas sederhana.

 

 

NASI BUQARI

Resepi ini asalnya dari Timur Tengah

Bahan-bahan

3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

Cara-cara
·         Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.
·         Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam dan aji.
·         Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.
·         Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.


Nasi Bohari Ayam

Bahan-Bahan   

1/2 cawan    minyak sapi/mentega
1/2 cawan    kismis hitam
1/4 cawan    air mawar
1 cawan       krim
1 biji            asam limau
2 sudu kecil   koma-koma
3 sudu besar  rempah bokhari
3 biji          bawang besar - dihiris nipis
10 biji        bawang merah - dikisar
6 ulas        bawang putih - dikisar
1 cm          halia - dikisar
2 batang    serai - dikisar
8 keping     ayam - digoreng membal
8 helai       daun pandan - diikat
1 cawan     bawang goreng - dikisar
4 cawan     air rebusan ayam
4 cawan     beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)   

Cara Cara

·         Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
·         Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
·         Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.

Nasi Dagang


Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
·         Didihkan air didalam periuk kukusan 
·         Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
·         Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
·         Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
·         Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
·         Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
·         Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.



Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 


Bahan A

Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B 

Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
·         Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
·         Pijarkan minyak di dalam periuk 
·         Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
·         Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
·         Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
·         Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
·         Bila mendidih masukkan gula merah 
·         Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
·         Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang


Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
·         Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
·         Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
·         Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.


Nasi Dhal Bersama Majerin


Bahan-Bahan   

2 tin susu beras basmati (direndam selama 20 minit)
¾ cawan dal kacang kuda (direndam selama 30 minit)
Sedikit badam dan gajus
¾ tin susu cair carnation
1 ¼ tin air
1 cube ayam
2 biji bawang (di mayang)
6 batang lobak kecil (dipotong ikut suka)
1 cawan majerin yang dicairkan dicampur dengan minyak sayuran
1 sudu makan halia yang dikisar
½ sudu makan lada puteh
Sedikit cengkih, kayu manis, buah pelaga
Beberapa helai daun ketumbar
2 batang serai di titik
Garam secukupnya
  

Cara Cara

·         Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan 2 biji bawang yang di mayang, cengkih, kayu manis, buah pelaga, halia kisar, bawang putih kisar dan lada putih, badam dan gajus
·         Apabila agak wangi masukkan beras, kacang dal, lobak, susu cair, stock ayam dan air
·         Di gaul kesemuanya dan ditutup periuk hingga nasi masak.


Nasi Goreng


Bahan-Bahan   

2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam)
1 sudu besar serbuk perasa ayam
200g udang (dibersihkan)
200g isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap cair
2 biji telur
2 sudu besar sayur campuran
1 sudu kecil serbuk lada putih
minyak secukupnya
1 batang daun bawang (dihiris)

Cara Cara

·         Panaskan sedikit minyak lalu goreng ayam. Kemudian masukkan udang dan telur.
·         Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.
·         Masukkan sayur campuran dan daun bawang.


Nasi Goreng Sayuran


Bahan - bahan
800 g nasi putih
1 sudu besar kismis
12 biji buah prune tanpa biji
75 batang Kai Lan dipotong kecil
4 biji cendawan butang dipotong dadu
2 keping cendawan hitam dipotong dadu
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh serbuk lada putih

Cara membuatnya

·         Panaskan minyak, masukkan batang Kai Lan, cendawan butang, cendawan hitam dan goreng hingga masak. Campurkan nasi dan goreng hingga sebati.
·         Masukkan perasa dan gaul rata. Angkat dan hidang.
·         Apabila menghidang taburkan kismis dan buah prune

 

 

Nasi Minyak Berkismis


Bahan - bahan
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
·         Bersihkan beras dan toskan airnya.
·         Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
·         Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
·         Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
·         Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.


Nasi Nenas

Bahan-Bahan   

1 biji bawang    hana besar
2 biji bawang    putih
1 sudu makan   serbuk kunyit – kisar dan tumis hingga wangi
1 sudu makan   gula
1 buku    stok ayam
50gm      udang kering

Cara Cara

·         Bersihkan 2 cawan beras dan letak di dalam rice-cooker.Masukkan 2 cawan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi, biarkan masak.Nenas dibelah dua, dan keluarkan isinya.
·         Setelah nasi masak, masukkan nasi ke dalam nenas yang telah dibuang isinya,Tabur dengan kepingan ayam dan bawang goreng.

 

 

NASI PAPRIK


Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

·         Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
·         Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
·         Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
·         Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

 

 

NASI PAPRIK (2)


Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 

Cara memasak:
·         Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
·         Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.

 

NASI TOMATO


Bahan-bahan

3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara

·         Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
·         Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.

2. MEE


CLAYPOT YEE MEE


Bahan-bahan

Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara-cara

·         Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
·         Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
·         Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
·         Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain tau) macam tengok kat kedai makan tu.

 

 

Kway Teow Mikro


Bahan-Bahan   

1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara

·         Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
·         Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
·         Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

 

 

LAKSA JOHOR


Bahan-bahan

Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara

·         Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
·         Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
·         Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
·         Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam

Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

 

 

Makaroni Bakar


Bahan-bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air

4 bji telur (dipukul)

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)

sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis

Cara Membuatnya
·         Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
·         Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
·         Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
·         Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)
Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
·         Bakar dgn api yg sederhana.

 

Makaroni Goreng


Bahan-Bahan   

500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris
  

Cara Cara

·         Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
·         Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.
·         Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.
·         Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.
·         Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.
·         Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.

 

MEE BANDUNG


Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara

·         Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
·         Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
·         Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
·         Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
·         Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
·         Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.


Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak: 
·         Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
·         Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
·         Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
·         Masukkan sos tiram 
·         Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
·         Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
·         Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
·         Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
·         Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
·         Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
·         Hidangkan.

 

 

MEE GORENG THAI


Bahan - bahan

1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

·         Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
·         Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
·         Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.


Mengenali pengarang blog ini

Foto saya
Dungun, Terengganu., Malaysia
Bukanlah namanya kehidupan jika tidak mempunyai masalah..tapi semua masalah ada cara penyelesaiannya.
Powered By Blogger