decor

 tip susun sofa

Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-
  1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.
 
 
 cara menata dapur kecilLuas rumah yang ada di lahan sempit bukanlah halangan untuk menciptakan dapur yang indah. Kejelian mengatur furnitur, memilih warna dan pernak-pernik dapur akan membuat dapur mungil Anda terlihat lapang dan indah. Berikut adalah 3 prinsip yang harus Anda terapkan pada dapur kecil Anda.
Hal pertama yang harus Anda lakukan adalah mengecilkan ukuran semua perabot dan peralatan di dapur. Tentu bukan dengan tongkat sulap dan mantera sim salabim. Tapi dengan prinsip bahwa jika Anda punya dapur kecil, akan lebih baik jika Anda tidak punya kulkas tiga pintu atau microwave yang besar. Banyak orang cenderung melupakan bahwa tiap barang yang ditempatkan di dapur pasti akan memakan tempat, meski barang-barang tersebut memang seharusnya ada di dapur. Contohnya, Anda pasti memerlukan kulkas untuk dapur. Itu adalah barang yang tidak bisa diganti. Tapi Anda bisa memilih besar/kecilnya kulkas tersebut. Dan prinsip ini yang harus Anda pikirkan sebelum mengatur dapur Anda.
- Berikutnya, Anda harus menambahkan cahaya ke dalam dapur kecil Anda. Karena semakin banyak cahaya yang mengalir melalui sebuah ruang, akan membuat ruang tersebut terlihat lebih besar. Banyak desain dapur kecil mengabaikan peran jendela di dapur. Akibatnya membuat dapur kecil terlihat semakin sempit dan gelap. Cara terbaik memperbaiki masalah ini adalah menambahkan jendela dan perhatikan efek yang sangat besar terhadap dapur Anda. Tidak hanya itu, dapur yang terang adalah dapur yang nyaman dan sehat.
- Terakhir, Anda harus membuka ruang dapur, yang bisa dilakukan pada pintu dapur. Misalnya, pintu dapur Anda yang menutupi sebagian ruang di dalamnya, lebih baik jika Anda melepas pintu itu. Ini akan mempermudah buat siapa saja yang keluar/masuk. Dan hindari meletakkan barang di lantai dapur. Contohnya, menaruh tempat sampah di lantai dapur yang banyak dilakukan orang. Meski ini terlihat wajar di dapur yang luas, tapi akan sangat mengganggu jika Anda lakukan di dapur kecil. Solusinya, Anda bisa letakkan tempat sampah ini di bawah lemari dapur (kitchen cabinet).
Ada sejumlah trik praktis agar dapur bernuansa indah dan lega. Berikut ini sejumlah tipsnya:
1. Rancanglah dapur semaksimal mungkin karena untuk rumah kecil akan terlihat langsung dari ruang makan dan ruang keluarga.
2. Pilih warna-warna yang cerah untuk memberi kesan lapang. Anda bisa memilih warna-warna hangat seperti oranye, kuning, merah. Tapi sebaiknya pilih yang tak terlalu mencolok. Bisa juga Anda memilih warna-warna dingin seperti biru, hijau, namun pilihlah yang muda dan tak terlalu gelap.Rancanglah dengan cermat di mana Anda akan menyimpan mulai dari peralatan-peralatan dapur, bahan makanan, sampai sampah dapur.
3. Sesuaikan bentuk dan desain kabinet sesuai dengan tema yang Anda pilih. Dapur yang kecil amat cocok dengan gaya desain minimalis. Namun, tak salah juga bila Anda memilih gaya eklektik atau country.
4. Cocokkan keramik dan warnanya dengan tema yang dipilih. Keramik sebaiknya dipasang rata di tembok agar tak ada celah antara kabinet dan tembok.
5. Perhatikan sirkulasi udara, air, dan aliran listrik di mana harus ditempatkan. Bila perlu pasang exhaust fan untuk membuang asap keluar dapur.
6.  Cermin bisa digunakan untuk memberi kesan luas. Bukan hanya melalui ilusi yang diciptakan, cermin juga dapat membantu menghasilkan cahaya yang lebih terang.
7. Gunakan elemen-elemen yang serupa. Itu akan membuat dapur terlihat rapi dan bersih.
8. Jangan takut untuk berkreasi. Anda bahkan boleh menggunakan elemen batu alam, lantai beton bikinan sendiri, atau meja kayu dengan sentuhan tradisional yang tak terlalu rapi.
9. Gunakan wadah-wadah penyimpanan untuk bumbu masak, makanan, atau peralatan agar terlihat lebih rapi.
………………………………………………………………………………
CARA MENATA DAPUR KECIL
dapur kecil minimalis halohaloLuas rumah yang ada di lahan sempit bukanlah halangan untuk menciptakan dapur yang indah. Kejelian mengatur furnitur, memilih warna dan pernak-pernik dapur akan membuat dapur mungil Anda terlihat lapang dan indah.
Dulu, dapur adalah bagian rumah yang kerapkali disembunyikan, letakknya ada di belakang yang tak terjangkau oleh
tamu. Tapi, kehidupan moderen dan era rumah kecil telah mengubah itu semua.

Di negeri-negeri Barat, dapur malah kerap dijadikan tempat untuk menerima tamu atau sahabat. Tempat asyik untuk mengobrol dengan teman yang sangat dekat. Sambil memasak bareng, makan, obrolan pun bisa makin akrab. Itulah sebabnya era kini adalah era dapur bersih dan indah.
Ada sejumlah trik agar dapur bernuansa indah dan lega. Berikut ini sejumlah tip:
1. Rancanglah dengan cermat di mana Anda akan “menyimpan” mulai dari peralatan-peralatan dapur, bahan makanan, sampai sampah dapur.
2. Pilihlah bentuk dan desain kabinet sesuai dengan tema yang Anda pilih. Dapur yang kecil amat cocok dengan gaya desain minimalis. Namun, tak salah juga bila Anda memilih gaya eklektik atau country.
3. Pilih warna-warna yang cerah untuk memberi kesan lapang. Anda bisa memilih warna-warna hangat seperti oranye, kuning, merah. Tapi sebaiknya pilih yang tak terlalu mencolok. Bisa juga Anda memilih warna-warna dingin seperti biru, hijau, namun pilihlah yang muda dan tak terlalu gelap.
4. Cocokkan keramik dan warnanya dengan tema yang dipilih. Keramik sebaiknya dipasang rata di tembok agar tak ada celah antara kabinet dan tembok.
5. Perhatiudarakan sirkulasi , air, dan aliran listrik di mana harus ditempatkan. Bila perlu pasang exhaust fan untuk membuang asap keluar dapur.
6. Cermin bisa digunakan untuk memberi kesan luas.
7. Gunakan elemen-elemen yang relatif seragam. Itu akan membuat dapur lebih enak dilihat dan terlihat bersih.
8. Kreatiflah. Anda bahkan boleh menggunakan elemen batu alam, lantai beton bikinan sendiri, meja kayu dengan sentuhan tradisional yang tak terlalu rapi. (nindya).

Dapur mungil dan moderen. Semuanya diletakkan dengan rapi dan tertata. Kombinasi coklat muda dan meja granit menambah indah.
dapur minimalis gaya kampung halohalo
Dapur bergaya country bisa juga dipilih. Lihat dindingnya yang memakai batu alam. Lantainya juga dari ubin kelabu gaya klasik. Mejanya juga gaya kampung





Tip dan Panduan Memilih Langsir

Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:
1. Tentukan anggaran bajet dan belanja
Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?
2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.
3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.
4. Pilih touch up
Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.
5. Beli perkakas tambahan yang lain
Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.


Menyejukkan Ruang Dalaman Rumah

 

Adakah anda mendapati ruang dalaman rumah anda berasa panas? Sejak akhir-akhir ini suhu semakin meningkat disebabkan oleh pemanasan global. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat beberapa teknik yang dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman rumah anda.
1) Apabila anda ingin menukarkan siling asbestos kepada siling lain, tukarkanlah kepada fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
2) Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
3) Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
4) Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
5) Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.
6) Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau pon komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda. Selain itu, meningkatkan jumlah tenaga elektrik.

Disiplin gaya Inggeris

Pemilihan tema hiasan dalaman menjadikan penghuni kediaman ini melatih peribadi keluarga agar teliti dalam rutin mengemas dan membersih.



BAKARAN minyak aromaterapi menjadikan langkah masuk ke kediaman ini disambut ketenangan haruman ros. Seolah-olah seiring dengan kehadiran jambak bunga yang mekar melata di penjuru rumah pangsapuri itu, wangian itu sinonim dengan tema Inggeris yang ditampilkan.
Bagi suri rumah, Rahayu Abdul Halim, kediaman persendirian di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang dimiliki bersama suaminya, Mohd. Azlin Abdul Khahar pada harga RM62,000 enam tahun lalu, perlu diserikan sebaik mungkin.
Apatah lagi keinginan itu didorong nalurinya yang cenderung melakukan kerja-kerja mereka hias kediaman. Baik langsir, sarung kusyen, alas meja hinggalah kepada ornamen di meja, diakui Rahayu mendapat sentuhan kreatifnya sendiri.
“Dulu saya pernah menghias rumah ini dengan konsep perabot jati. Lama-kelamaan terasa tidak selesa kerana ton warnanya yang gelap. Maka, saya akhirnya memilih untuk menerapkan konsep hiasan dalaman ala Inggeris. Ia lebih ceria dan nampak segar,” ujar Rahayu yang mengambil inspirasi daripada pembacaan majalah hiasan dalaman.


DARI KIRI IKUT ARAH JAM: JAMBANGAN bunga sarat begitu sinonim dengan konsep rias dalaman ala Inggeris.
TENGAH ATAS: SARUNG kusyen yang sedondon dengan tema.
TENGAH BAWAH: SENI pada kipas siling di ruang tamu.
KANAN: KABINET dinding tampil menarik dengan ornamen miniatur.

Lebih menarik, di dalam ruang tamu yang bersambung pelan lantai dengan ruang makan itu, terdapat banyak perabot lama diberi sentuhan baru.
“Kerusi kayu, kabinet dan rak-rak lama telah saya cat dengan warna putih agar kelihatan serasi dalam konsep dekorasi Inggeris. Tidak perlu membeli perabot yang baru selagi apa yang kita miliki boleh diubah suai mengikut tema yang dikehendaki,” katanya.
Ruang yang terhad dalam kediaman bukan halangan untuk Rahayu bereksperimen secara lebih terperinci. Setelah menyusun atur cermin bersiri untuk memaksimumkan ilusi ruang, dinding yang dilekatkan pembahagi bercorak tidak sekali-kali dibiar kosong.


ATAS: LALUAN ke dapur turut dihias cantik. BAWAH: PARA-PARA di dinding nampak elok hanya dengan gubahan hiasan ringkas.

Selain menggantungkan bingkai gambar, para-para kayu terdakap kemas pada aras tinggi dinding. Ia menjadi tempat ideal bagi meletakkan gubahan ringkas.
Gandingan hiasan seperti pinggan dan cawan bermotif bunga-bungaan nampak serasi disusun bersama kendi, bekas penyiram dan juga jambak kecil lavender. Di satu sudut di atas meja, juga ditemukan set peti kayu kecil yang dicat putih dan disempurnakan seni tekap dan tampal bermotif bunga.
“Semua yang dimiliki ini dibeli sedikit demi sedikit. Di Shah Alam ini sudah terdapat banyak kedai yang menjual barangan hiasan Inggeris. Ada yang mahal, ada juga yang berharga murah. Namun, terserah pada pemilik kediaman untuk memilih mana yang sesuai,” terangnya yang mendapat sokongan suami dan anak-anak dalam hal menghias rumah.


SET meja makan yang diberi nafas baru.



Dalam kediaman 750 persegi itu, Rahayu bijak menyusun atur perabot agar ruang gerak tidak dikorbankan. Laluan utama ke pintu keluar dari bilik tidur dan dapur tidak dihalang hiasan sarat. Dari aspek keselamatan, faktor tersebut telah diambil kira oleh Rahayu.
“Anak-anak saya yang masih kecil juga diasuh untuk menghargai persekitaran ini. Apabila mereka memahami, tidak timbul masalah tentang dekorasi yang rosak akibat diusik atau dilanggar,” ujarnya yang juga secara sambilan menjaga anak-anak jirannya.
Menurut Rahayu, pemilihan konsep hiasan dalaman Inggeris bukan sekadar keinginan bersifat melepaskan batuk di tangga. Minat itu datang bersama tanggungjawab dan disiplin untuk memastikan kebersihannya setiap hari. Habuk sememangnya menjadi ‘musuh’ utama.
“Tip penjagaan utama adalah penghuni kediaman perlu membersihkannya setiap hari. Jangan tunggu lama tanpa dibersihkan kerana kekotoran yang terkumpul menambahkan kesulitan mengemas,” katanya yang secara tidak langsung menganggap semua kerja membersih itu suatu riadah di rumahnya.



Rahsia hias ruang makan, tamu

RUANG tamu dan ruang makan adalah tempat paling penting yang menjadi tumpuan tetamu setiap kali berkunjung ke rumah.
Justeru, luangkan masa mengemas ruang berkenaan supaya tetamu berasa puas dan selesa.
Untuk berjimat, anda boleh menghiasnya sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Ikuti panduan mudah dan murah tetapi berkesan mewujudkan suasana idaman.
# Dinding dicat warna kuning terang untuk menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan. Warna gelap mampu menjadikan ruang sejuk manakala tona lembut mencerahkan dan mewujudkan suasana lebih luas.
Untuk menonjolkan kelainan dinding, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan. Serikan dinding dengan ambal, gantungan kain beralun atau bingkai gambar dan cermin.
# Bagi meja makan tidak perlu beli baru, hanya tukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna. Alas fabrik seperti organza, atau sheer bersulam amat menarik sekali gus merubah wajah ruang.
Permukaan meja boleh dicat baru, lebih menarik jika permukaan meja dihias gambar keluarga, pemandangan, dan daun kering, kemudian lapik sekali lagi dengan kaca sama besar ukuran permukaan meja.
# Jika bosan dengan kemasan lantai jubin, tukar kepada panel kayu atau berlamina kayu. Untuk lebih murah, tanggalkan beberapa jubin sedia ada dan gantikan dengan jubin berwarna ataupun hanya tukar permaidani lama kepada baru.
# Sering kali kita lupa untuk menjaga siling. Jika membersihkan kipas dan lampu, jangan lupa membersihkan sekali siling. Suasana persekitaran bilik pasti berubah jika dipasang siling lepa, birai emas atau alang kayu. Teknik mengecat juga membantu menonjolkan kelainan siling di ruang berkenaan.
# Tidak semestinya menggunakan candelier di ruang makan. Cukup sekadar lampu gantung atau beli terendak pelbagai warna yang ada di pasaran untuk menyarung mentol lampu. Untuk suasana lebih redup dan romantik, pasang lilin atas meja.
# Jika mempunyai kerusi kayu, cat dengan warna pilihan atau balut kerusi dengan fabrik dan pasangkan riben mengikut warna persekitaran.
# Perhiasan yang murah sudah mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan. Lilin dan pemegangnya pasti mampu merubah suasana. Susun buah-buahan dalam mangkuk hiasan untuk menaikkan seri meja.
# Bagi gubahan bunga, tidak perlu mengupah pakar. Bunga segar lebih cantik dan menarik. Beli beberapa kuntum bunga segar, letakkan dalam bekas kaca telus atau sebarang bekas bersesuaian. Bunga atas meja makan tidak perlu terlalu tinggi tetapi pastikan ia memanjang.
# Pokok segar boleh diletakkan di penjuru dinding ruang tamu atau ruang makan. Jika ruang bertingkap, hiasi tingkap dengan langsir nipis atau pasang bidai yang mudah ditarik dan digulung.
# Ruang makan yang besar boleh juga dilengkapi set sofa fabrik. Tidak perlu beli baru. Guna cadar atau alas meja kopi bercorak geometri untuk membalut sofa. Tarik bahagian hujung sofa dan ikat dengan reben. Atas sofa letak kusyen kecil.

Antara klasik inggeris dan jati

Tema klasik Inggeris direalisasikan dengan cermat melalui pelekat motif bunga ros.



SINGGAH di Nilai 3, Negeri Sembilan boleh dikatakan sudah menjadi acara wajib sebulan sekali bagi Norjuliana Othman, 35. Dia gemar mencari dan meninjau perabot atau barang perhiasan di sana.
Walaupun begitu kerap berkunjung ke kedai perabot, laman WanitaMelayu.com yang menemukan ‘jodoh’ Norjuliana dengan tema klasik Inggeris yang semakin mendominasi kediamannya di Alam Damai, Cheras.


INGATAN Norazmi supaya Norjuliana tidak menghias kediaman mereka terlalu sarat membuatkan rumah teres ini tampak selesa.

“Sebelum ini kami pakai perabot jati dan kayu. Tapi sekarang kami nak cuba tema klasik Inggeris.
“Saya sukakan bunga, jadi apabila terjumpa komuniti dalam talian yang menghias rumah mereka dengan tema ini, saya terdorong untuk mencubanya,” kongsi anak kelahiran Terengganu ini.
Laman interaktif dalam bentuk forum itu, kata Norjuliana, turut memaparkan gambar rekaan dalaman rumah masing-masing, selain perkongsian maklumat tentang tempat perabot-perabot dibeli dan lokasi terbaik yang boleh dituju.


SELAIN menjadi tempat anak-anak bermain, teman-teman yang datang berkunjung juga boleh mengambil angin di sini.

Tema itu bagaimanapun melibatkan kos yang tinggi.
“Jadi kami buat peringkat demi peringkat. Kami pun sentiasa memikirkan cara untuk mengurangkan kos,” katanya yang menambah laman itu turut membolehkan ahli-ahlinya saling berkongsi tentang cara alternatif untuk mengurangkan kos bagi pengubahsuaian.
Antaranya termasuklah menggunakan pelekat decal yang mempunyai motif bunga ros merah dan putih yang amat sinonim dengan tema pilihan.


DARIPADA membiarkan laman yang luas ini kosong, Norjuliana berpendapat wakaf ini dapat menyuntik kelainan.

PERHIASAN buluh dalam pasu yang ringkas dan kemas.


Membelek dari dekat, penulis mendapati pelekat berkenaan sukar untuk dikesan sebagai bahan tampalan kerana ia tidak menggunakan material licin dan berkilat yang lazim.
“Tetapi kalau sudah namanya pelekat, tak mustahil ia boleh tertanggal semula kelak,” ujarnya yang menjelaskan kos pelekat berkenaan bermula serendah 50 sen hingga berpuluh ringgit sahaja.
Tidak lupa ingatan suami, Norazman Zam Zam, 42, yang tidak mahu rumah terlalu sarat dengan tema berbunga itu, Norjuliana berkata langkah sedikit demi sedikit yang diambil dilihatnya mendapat ‘restu’ suami.
“Semua hiasan di dalam rumah ini saya buat sendiri. Selepas buat satu, saya sangkut atau letak di mana-mana sudut. Jadi tidaklah berlaku mendadak. Mungkin sebab itu dia tak terkejut atau bantah apa yang saya buat,” kata Norjuliana.


ELEMEN kayu terutama jenis jati membuatkan ruang tamu ini kelihatan lebih eksklusif.

HAMPIR kesemua perhiasan yang dapat dilihat di dalam rumah ini dihasilkan sendiri oleh tuan rumah.




Mendedahkan mereka berdua bekerja di dua bank berasingan, kedua-duanya mempunyai banyak masa lapang bersama.
“Jadi banyak yang kami boleh buat sendiri bersama. Dinding rumah pun suami saya yang cat,” tambahnya lagi.
Meneliti dinding yang disapu cat berwarna hijau dan kuning, serta perhiasan yang digantung pada dinding, ternyata kedua-duanya memiliki kreativiti seni yang tinggi tatkala dapat menunjukkan kerja tangan yang teliti.
Malah mengecat perabot kayunya serba putih boleh dikatakan sebagai satu langkah berani memandangkan tindakan itu mungkin tidak dapat mengembalikan karakter asli kayu tersebut.
Tema klasik Inggeris dan jati ini tidak menuntut perhatian yang banyak. Kata Norjuliana, ia cukup sekadar mengelap perabot-perabot sekali dalam seminggu.
Rumah teres dua tingkat yang memuatkan empat bilik tidur ini turut menghamparkan laman yang menarik. Mendirikan sebuah wakaf dan pergola di depan rumah, lantai laman dipenuhi dengan rumput permaidani yang dijaga rapi.
“Wakaf ini kami dirikan memikirkan untuk memaksimumkan penggunaan laman depan. Apabila melihat laman jiran-jiran yang dibiarkan kosong, kami memikirkan betapa ruginya jika kami melakukan perkara yang sama.
“Dengan adanya wakaf ini, teman-teman dan saudara-mara tidak lagi merokok di dalam rumah. Anak-anak kalau nak bermain pun bermain di luar saja,” kata Norjuliana.





Mengenali pengarang blog ini

Foto saya
Dungun, Terengganu., Malaysia
Bukanlah namanya kehidupan jika tidak mempunyai masalah..tapi semua masalah ada cara penyelesaiannya.
Powered By Blogger